Aluan Guru Besar


Mohammad b. Ismail
Guru Besar SK Indera Shahbandar
   Saya mengucapkan syukur kerana pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah telah berjaya menghasilkan sebuah laman web rasmi sekolah bagi tahun 2017 dan seterusnya. Penghasilan laman web rasmi ini adalah diharapkan dapat membantu semua guru dan kakitangan sekolah ini lebih memahami dan mendalami struktur pengurusan dan pentadbiran yang terdapat di sekolah ini.
      Selain itu, penghasilan laman web rasmi ini juga adalah untuk membantu pelbagai pihak mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan sekolah ini. Secara tidak langsung ianya juga akan membantu pihak sekolah untuk membuat penambahbaikan sekiranya mendapat cadangan dan pandangan yang dari pihak yang berkenaan.
      Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah sentiasa bersikap terbuka untuk menerima teguran dan pandangan yang membina demi mempertingkat prestasi sekolah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, bina insan dan kokurikulum.
     Akhir kata, marilah kita bersama-sama menggembeling tenaga dan buah fikiran kita untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi yang dapat menghasilkan kuantiti pelajar yang berkualiti dalam aspek jasmani, emosi, sosial dan intelektual selaras dengan aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)



Tiada ulasan: